BERITA SEKOLAH

Editor : En.Chin Sin Choi

12 Jun 1999  - Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

        Sekolah ini telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan di dewan sekolah.Pengetua sekolah,En.Frederick Anis Bin Gintod berkata bahawa tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menghargai usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam meningkatkan  prestasi mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum,di samping memberi dorongan kepada pelajar-pelajar yang lain.

        Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Bahagian Beaufort,En.Hadis Bin Hj.Johari.Kira-kira 70 orang pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum telah menerima hadiah dan sijil daripada pihak sekolah.Dalam majlis tersebut,pelbagai acara diadakan,di antaranya ialah pameran,pasaria dan persembahan pentas.

 

21 - 25 Jun 1999 - Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah

        Kempen Anti Dadah akan diadakan  mulai 21 hingga 25 Jun 1999.Pengerusi Jawatan Kuasa kempen itu,En.Ag.Ahmad Bin Ag. Paun menjelaskan bahawa kempen ini bertujuan bagi mempertingkatkan kesedaran para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta mencungkil dan menyuburkan bakat yang ada di kalangan pelajar ke arah perkembangan yang positif.

        Menurutnya,beberapa aktiviti telah dirancang sempena kempen ini,antaranya ialah pertandingan melukis poster,pertandingan menulis esei,pertandingan dikir barat,kuiz anti dadah,tele-info dadah,pameran dan ceramah.Beliau turut melahirkan harapan agar kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.

arrow2.gif (965 bytes) Muka Depan