|
SEJARAH SEKOLAH SEJARAH PEMBUKAAN DAN PERKEMBANGAN Pada September 1921,sebuah sekolah rendah St.Patrick telah dibuka oleh seorang paderi Belanda yang bernama Rev.Fr.A.Verhoeven.Guru pertama yang mengajar di sekolah tersebut ialah Encik John Kamado Guntakang yang berasal dari Kampung Lampijas,Membakut.Setelah Rev.Fr.A.Verhoeven dipindahkan ke Penampang pada tahun 1924,sekolah ini masih dibuka seperti biasa di bawah pengawasan Paroki Penampang beserta Paroki Limbahau,Kinuta dan Papar. Pada awal tahun 1942,kegiatan persekolahan terpaksa dihentikan kerana pendudukan Jepun di Sabah.Pada tahun 1947,Sekolah St.Patrick dibuka semula dengan Encik Bernard Wong dan Encik Joseph del Pekaldo sebagai tenaga pengajarnya. Dari tahun 1951 hingga 1959,bilangan murid telah bertambah dengan pesat.Sekolah St.Patrick telah berjaya menubuhkan sekolah rendah dari darjah satu hingga lima dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.Pada tahun 1959,Pegawai Daerah Beaufort,Encik Burbrooke telah mencadangkan supaya kelas darjah enam dibuka.Pada tahun berikutnya,darjah enam telah dibuka atas persetujuan Rev.Fr.J.B.Coogen. Pada 1hb.Oktober 1966,Rev.Fr.P.J.de Wit telah dilantik sebagai penguasa paroki St.Patrick Membakut.Beliau telah membeli sebidang tanah yang bergabung dengan tanah Mission Membakut di mana sebuah bangunan dua tingkat untuk sekolah rendah dan rumah kediaman guru telah didirikan. Pada tahun 1967,bermulalah sejarah Sekolah Menengah St.Patrick di mana pelajar-pelajar telah memulakan persekolahan menengah mereka apabila kelas peralihan dan tingkatan satu dimulakan.Rev.Fr.P.J. de Wit telah menjadi pengetua yang pertama.Pada tahun 1968,Jabatan Pendidikan Sabah telah menghantar guru-guru sukarela (Peace Corps) dari Amerika Syarikat untuk membantu guru-guru tempatan di samping guru-guru dari India untuk mengajar mata pelajaran Sains,Matematik dan Bahasa Inggeris.Pada tahun 1969,Tingkatan 3 yang pertama diadakan di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 25 orang.Mereka menduduki peperiksaan Junior Certificate of Education pada hujung tahun yang sama. Pada tahun 1994,Penguasa gereja dan Jabatan Pendidikan Sabah telah memberi kelulusan untuk membina tapak sekolah baru bagi menggantikan bangunan sekolah yang lama.
PENGETUA-PENGETUA 1. REV.FR.P.J.DE WIT (1967 - 1974) 2. ENCIK GODFREY DAYA (1974 - 1985) 3. ENCIK VICTOR YEN AH NGAU (1986 - 1991) 4. ENCIK THAM CHUNG FUAT (1991 - 1993) 5. ENCIK YUSOF MOHD ALI (1993 - 1994) 6. ENCIK JULIUS J. GALA (1994 - 1996) 7. ENCIK EDWARD M. HUNGGIM (1996 - 1998) 8. ENCIK FREDERICK ANIS BIN GINTOD (1998 - ) |